Tip 7 Jangan Dalam Simpanan Emas.
Ada 7 perkara yang harus anda elakkan dari melakukannya. Akan
saya kupas dalam artikel bertajuk “7 Jangan dalam simpanan emas ” ini.
1.Jangan malas
Sebaik sahaja anda sedar tentang emas,dapatkan info yang berkaitan
dengan emas,sejarahnya,perkaitan dengan wang kertas, jenis-jenis emas, produk
yang ada di pasaran, dan banyak lagi yang perlu anda ketahui.Jangan malas untuk
mencari info dan ilmu berkaitan emas yang tidak pernah habis.
Ini akan membantu anda dari terjebak dengan skim pelaburan
emas, syarikat yang menawarkan pembelian saham emas dan sebagainya.
Pastikan anda beli emas-dapat emas dan jangan tertipu dengan syarikat yang
menjanjikan pelbagai pulangan bulanan kerana mereka telah pun menjual dengan
harga yang lebih tinggi dari syarikat emas yang sedia ada. Disebabkan itu
mereka boleh memberi anda dividen. Anda harus berhati-hati kerana kebelakangan
ini semakin banyak syarikat yang menawarkan pelbagai tawaran yang boleh
membuatkan anda rugi.
Beberapa syarikat emas yang menjalankan skim pelaburan emas
beberapa tahun dahulu masih belum selesai kes dengan BNM, oleh itu janganlah
kita menambahkan bilangannya. Syarikat yang dimaksudkan ialah Genneva,
jangan terpedaya dengan hibah yang dijanjikan kerana anda sudah membayar lebih
sebenarnya. Dan yang terkini, scam yang sedang mengganas ialah Barrick
Corporation yang memperdaya orang ramai dengan menggunakan nama syarikat
pelombong di Kanada iaitu Barrick Gold Corporation.
Anda juga boleh mendapatkan mentor untuk membimbing anda.Saya
sendiri salah seorang yang membimbing ramai orang untuk memahami simpanan emas
secara personal dengan cara online dan offline.Boleh klik menu “Kelas
Emas”.
2.Jangan Ar rahnu sebarangan
Ramai yang menyalahgunakan perkhidmatan ar-rahnu kebelakangan
ini.Peranan ar-rahnu ialah memberi pinjaman bercagar kepada yang memerlukan,
bukan kepada mereka yang tamak. Siapakah yang tamak?
Orang yang jual dan beli menggunakan sistem 35:65 atau 30:70.
Contoh seperti ini:
Katakan emas 999 100g berharga RM10k,pembeli hanya sediakan RM3k
sahaja kerana bakinya akan dibayar menggunakan hasil pajakan di ar-rahnu di
mana pemajak akan mendapat RM7k dan menyerahkannya kepada peniaga. Urusan
dengan peniaga sudah selesai, dan peniaga kenyang sebab dapat untung besar jual
emas dengan cara ini.Apa cerita dengan pembeli? Terpaksa membayar pinjaman dan
kos upah simpan.
Realitinya ramai yang tidak faham tentang sistem ini,dan buat
kerana terpengaruh dengan janji manis si penjual.Akibatnya ramai yang tercekik
sehingga terpaksa menjual emas di dalam ar-rahnu dengan harga yang rendah.
Lebih menyedihkan kerana si penjual sengaja memasang perangkap ini agar dapat
membeli emas di bawah harga pasaran dengan cara ini apabila dihubungi si
pembeli, kerana dapat menjualnya dengan harga yang lebih tinggi kepada pembeli
lain.
Ramai yang tak sedar mereka golongan yang tamak. Antara syarikat
paling top mempromosikan sistem ini ialah Serambi Emas. Paling
menyedihkan, mereka menggunakan orang berpengaruh untuk meyakinkan orang ramai
dengan promosi yang hebat-hebat belaka di media massa termasuk televisyen.
Sistem ini salah di sisi agama. Awas jika anda terlibat. Ar-rahnu
BUKAN perniagaan!
Golongan kedua ialah yang memajak untuk menambah emas atau juga
dikenali sebagai REMPIT emas. Ini juga harus anda jauhi. Tambahlah emas anda
mengikut kemampuan, bukan mengikut nafsu atau saranan peniaga emas yang membuta
tuli.
3.Jangan jual emas anda
Jangan jual emas anda tanpa sebab. Ramai yang keliru apabila
diajar jual semasa harga tinggi (beli rendah jual tinggi). Jadi untuk apakah
anda beli emas?
Emas adalah aset unggul yang harus anda jadikan simpanan jangka
masa panjang. Jika harga tinggi sahaja anda hendak jual, maka tiada apa di
tangan anda nanti. Jual emas hanya untuk 5 perkara di bawah :
1.Rumah 2.Hartanah 3.Emas dalam bentuk
lain (cth barang kemas) 4. Modal bisnes 5.Keperluan atau terdesak
Jika anda menjual emas anda dengan harga tinggi,belum tentu anda
dapat membelinya kembali dengan harga anda beli dahulu. Kecuali, jika anda
mahir membaca pergerakan harga emas, anda boleh menjual semasa harga tinggi,
dan menyimpan wang tersebut sehinggalah harga emas agak turun sedikit, anda
beli semula. Dengan cara ini anda mendapat gram yang lebih. Anda memerlukan
sedikit kemahiran menganalisis harga emas, tetapi jika anda bukanlah seorang
yang suka memantau harga emas dan sibuk, cara ini tidak bersesuaian dengan anda
sebaliknya anda boleh menghafal trend pergerakan harga emas, sebagai contoh
setiap kali musim perayaan, harga emas akan menjunam sedikit.
4.Jangan simpan wang kertas
Jangan menyimpan terlalu banyak wang kertas, sebaliknya simpanlah
sedikit untuk keperluan kecemasan dan kegunaan seharian. Emas adalah penyimpan
yang terbaik kerana ia kalis inflasi dan tidak susut nilai.Setiap kali harga
emas naik, ia menunjukkan betapa lemah dan semakin susut nilai wang kertas
kita. Jangan terpedaya dengan bonus, dividen dan pulangan yang ditawarkan
sebaliknya kajilah berapa inflasi setiap tahun yang menyebabkan anda rugi
sebenarnya.
Simpanlah emas dalam bentuk fizikal seperti dinar,bar dan
pelbagaikan pula dengan barang kemas.
5.Jangan tunggu
Jangan terlalu menunggu harga rendah baru nak beli. Orang selalu
cakap emas mahal, tak mampu nak beli.Ya, memang betul emas mahal, hampir setiap
tahun orang kata emas mahal, jadi masa bila emas murah?
Dulu harga emas RM16/gram pun orang kata mahal, RM38/gram pun
orang kata mahal, RM90/gram pun orang kata mahal, sekarang dah nak cecah RM200+
pun orang kata mahal. Jawapannya, tahun demi tahun harga emas makin
mahal.Rugilah golongan yang hanya menunggu dan melihat orang lain semakin kaya
dengan emas. Apa tidaknya, dulu beli emas masa RM140/gram, sekarang dah
RM200/gram, ini baru simpan sahaja dah untung, kalau yang meniaga macam mana,
lagi untung!
6.Jangan tolak
Jangan menolak atau menafikan tentang matawang Islam iaitu Dinar
dan Dirham. Kebelakangan ini semakin ramai yang menyokong usaha-usaha
sesetengah pihak yang cuba mengembalikan matawang Islam ini. Memang kita tidak
mampu kembalikan ia 100% kerana wang kertas masih giat digunakan, tetapi kita
boleh mulakannya dengan komuniti kecil kita. Saya dah bermula, anda bila lagi?
Perniagaan gerai kami juga menerima dinar dan dirham, dan anda
boleh rujuk senarai outlet/bisnes yang terima dinar dan dirham sebagai
matawang.
7.Jangan pentingkan diri sendiri
Setelah anda menjadi seorang yang celik emas, janganlah anda hanya
mendiamkan diri dan tidak menyampaikan info yang berguna ini kepada orang lain.
Sebarkanlah tentang emas, perak, dinar dan dirham.
Tak guna jika hanya kita seorang sahaja yang tahu tentang
kepentingan emas dan sebab perlu menyimpannya tetapi saudara mara kita,
rakan-rakan dan masyarakat sekeliling masih buta emas. Memang ada yang tidak
boleh terima terus, gunakanlah cara yang berhemah dan yang penting anda sudah menyampaikannya.
7 Tip yang berguna daripada sahabat blog Jutawan Gold.
No comments:
Post a Comment