PUBLIC GOLD

Daily Gold & Silver Chart

PG

Tuesday 29 October 2013

Keburukan membeli jongkong emas di kedai emas.


Berdasarkan kajian saya, membeli emas kat kedai emas bukanlah cara terbaik untuk
memaksimakan keuntungan daripada pelaburan emas. Ia mempunyai beberapa kelemahan.

Antara kelemahan membeli emas pelaburan di kedai emas:

1. Harga emas di kedai emas adalah lebih tinggi berbanding harga emas antarabangsa. Ini kerana harga kedai emas biasanya berdasarkan kepada harga Federation of Goldsmiths And Jewellers Association Of Malaysia (FGJAM) Laman webnya ialah http://www.fgjam.org.my/

2. Susutnilai emas yang tinggi antara 13% ke 30%.

3. Jika jongkong emas itu dibalut plastik (contohnya jongkong emas Poh Kong Bunga Raya, Wah Chan, Tomei dan PAMP Suisse Lady Fortuna), maka anda tak boleh buka pembalut plastik tersebut. Jika anda membuka pembalut plastik tersebut maka gold bar tersebut akan dikira emas terpakai (harga akan dipotong sehingga 30%)

4. Kedai emas boleh memanipulasikan harga emas mereka menggunakan alasan workmanship
cost (upah tukang). Contohnya apabila harga emas turun maka mereka akan menaikkan workmanship cost manakala apabila harga emas meningkat maka mereka akan mengurangkan kos workmanship. Kajian kes 1: Kisah PAMP Suisse Lady Fortuna yang dibuka. Untuk pengetahuan anda semua, saya ada membeli emas PAMP Suisse Lady Fortuna dari kedai Emas Poh Win Melaka. Saya beli 2 keping x 1 Oz dan 1 x 50 gram. Memandangkan saya ingin menggadaikan emas-emas ini di Ar-Rahnu maka saya telah membuka plastik kesemua emas PAMP Suisse Lady Fortuna saya.
Ini kerana dengan menggunakan teknik Ar-Rahnu maka saya boleh meminjam wang daripada
Ar-Rahnu dan kemudian invest balik dengan membeli lebih banyak emas. Untuk melihat sejauh mana potongan harga yang dikenakan kedai emas, saya pergi balik kat Kedai Emas Poh Win sekitar Melaka dan bertanya kepada mereka 2 soalan:
1. Adakah mereka akan terima PAMP Suisse Lady Fortuna yang dibuka?
2. Kalau terima, berapa % akan ditolak dari harga semasa?
Kedai Emas Poh Win #1 – Melaka “Kalau saya buka salutan plastik PAMP Suisse ini.. you all akan beli balik tak?”"saya tanya.. “Of course kami akan beli balik, normal rate 13% tapi kena tambah lagi 5%, jawab jurujual Poh
Win” “I see… jadi you all akan tolak 18% la… “Yes, kalau tak buka plastik tolak 13%, kalau buka plastik tolak 18%” jawabnya lagi… Pergh… buka salutan plastik saja kena potong 18%
Kedai Emas Poh Win #2 – Melaka Saya tiba ke kedai Poh Win yang kedua, nak tanya soalan yang sama… “Kalau saya buka salutan plastik PAMP Suisse ini.. you all akan beli balik tak?”"saya tanya..
“Of course kami akan beli balik, tapi kena tolak 25%, jawab jurujual Poh Win” “Alamak! kenapa banyak sangat” saya tanya. Terkejut dibuatnya … “Ooo… kalau buka plastik kita kira emas terpakai" jawab jurujual berkenaan. Pergh… kedai nie lagi teruk… gold bar tu dikira emas terpakai.
Lepas tu kena tolak 25%. Memang rugi banyak.54 Kajian kes 2: Susutnilai Jongkong emas Poh Kong Bunga Raya. Isnin 16/3/2009 – Saya pergi ke Kedai Emas Poh Kong
kat Jusco Seremban, nak beli gelang kat isteri… jadi waktu isteri sibuk memilih gelang, saya tanya sales girl mengenai gold bar Bunga Raya. Gold bar yang saya tengok ialah Bunga Raya yang
beratnya 20gram (harga RM2600) “Gold bar nie kalau jual balik berapa peratus kena
potong?” saya bertanya. “Oh.. ini potong dalam 11% encik..” jawab sales girl tersebut sambil menunjukkan buku nota harga belian dan jualan gold bar. “Kalau saya buka plastik nie macam mana.. u all akan ambil balik tak?” saya tanya lagi.. “Oooo.. kalau buka plastik nie kita kira emas terpakai. “kami akan tolak 25%” jawab sales girl tersebut. Hati kecil saya berkata .. “Buka plastik pembalut boleh menyebabkan susutnilai emas daripada 11% kepada 25%” Memang rugi beli emas kat kedai emas ini. Jadi, bagi mereka yang nak beli jongkong emas dari kedai emas, hati-hatilah…
Kalau tak boleh buka salut plastik emas tu.. maknanya anda tak boleh nak gadaikan emas anda
di Ar-Rahnu. Sebab Ar-Rahnu akan menguji emas anda menggunakan mesin densimeter. Anda
terpaksa membuka salut plastik emas anda.

Kajian kes 3: Manipulasi kos workmanship (upah tukang).
Salah satu kelemahan membeli jongkong emas di kedai emas ialah mereka boleh
memanipulasikan harga emas yang perlu anda bayar dengan cara menambah atau
mengurangkan upah tukang (workmanship cost).
Dengan kata lain, lain anda mungkin tidak sedar bahawa kos upah tukang akan mempengaruhi
harga keseluruhan emas anda.
Ini kerana, apabila anda membeli emas di kedai emas maka ia akan melibatkan 2 kos iaitu
harga emas semasa + kos upah tukang. Jumlah kos = Harga emas semasa + kos workmanship (upah tukang)
Kedai emas akan memberi tahu anda bahawa kos workmanship adalah bergantung kepada reka
bentuk barang kemas tersebut. Namun, kebiasaannya ialah apabila harga emas sedang naik,
kedai emas akan menurunkan kos workmanship. Akan tetapi apabila harga emas menurun maka mereka akan menaikkan kos workmanship walaupun emas yang anda beli adalah emas yang sama.55
Saya ingin berkongsi pengalaman membeli 2 keping jongkong emas PAMP Suisse 1 Oz di kedai
emas yang sama. Sekeping dibeli pada 21 Mei 2008 dan sekeping lagi dibeli pada 21 Jun 2008.
Saya dapati, kos workmanship bagi emas yang sama adalah berbeza. Pada 21 Mei 2008 – kos
workmanship adalah RM122.30 untuk 1 Oz PAMP Suisse manakala pada 21 Jun 2008 kos
workmanship untuk 1 Oz PAMP Suisse adalah RM97.90 (perbezaan RM24.40)
Ini jelas menunjukkan bahawa kedai emas boleh memanipulasikan kos workmanship untuk
menambahkan keuntungan mereka. Ini merugikan pelabur yang membeli jongkong emas di
kedai emas.

Kesimpulan
Daripada 3 kes di atas, saya tidak menggalakkan anda membeli jongkong emas dari kedai emas.
Ini kerana terdapat banyak kelemahan membeli jongkong emas di kedai emas.
Ini akan menyebabkan anda terpaksa menunggu lama sebelum mendapat keuntungan daripada

pelaburan emas anda.

Petikan dari sifu: Syukor Hashim http://jutawanemas.com/

No comments:

Post a Comment