PUBLIC GOLD

Daily Gold & Silver Chart

PG

Wednesday 30 October 2013

Setiap pelanggan, individu dan orang ramai bertanyakan mengenai pelaburan emas di Malaysia, secara konsepnya, pelaburan emas ini adalah “beli dan simpan emas”, dengan maksud melabur dengan membeli emas (ia tidak bermakna emas tersebut diniagakan dimana-mana pasaran), cuma harga emas di dunia yang naik dan turun secara moderate akan mengubah nilai simpanan saudara. Apabila harga emas semakin naik, emas tersebut boleh dijualkan atau emas tersebut terus disimpan untuk satu tempoh masa yang lama. Bayangkan pada zaman Rasulullah S.A.W 1 Dinar (4.25g emas ketulenan 916%) boleh membeli seekor kambing dan pada hari ini juga emas 1 Dinar boleh membeli seekor kambing.

Apatah lagi Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W telah bersabda: ”Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar (emas) dan dirham (perak) untuk digunakan.” Hadith riwayat Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Ada banyak faktor naik turun emas di pasaran semasa dunia, antaranya ialah:

1. Harga Pasaran Dollar (USD) dan Pasaran Makroekonomik Dunia.
Kenaikan tekanan inflasi semasa, defisit dagangan menggunakan dollar dan pengelakan penggunaan matawang dollar dalam dagangan global akan menaikkan nilai emas.

2. China, India dan Pasaran Asia.
Dua negara yang mempunyai populasi terbesar di dunia seperti China dan India turut mengubah landskap harga emas pasaran dunia. Memiliki emas di China baru sahaja dibenarkan pada tahun 2004, kemampuan rakyat China untuk memiliki emas semakin naik, permintaan emas menjadi lebih tinggi. Sementara India pula merupakan pembeli emas terbesar di dunia pada masa kini, turut mengalami kenaikan permintaan untuk pelaburan emas disebabkan dagangan emas yang semakin pesat di Pasaran Dunia. Perkara yang berlaku di negara-negara ini contohnya Sukan Olimpik, Asia dan sebagainya turut mengubah harga pasaran emas semasa.

3. Permintaan Bank Pusat Negara.
Kelembapan jualan produk ekonomi dan jumlah hutang yang ditanggung menyebabkan Bank-bank Pusat di setiap negara cuba membeli emas sebagai simpanan.

4. Kekurangan Pengeluaran Emas di Lombong.
Hampir semua pengeluar emas utama di dunia tidak mencapai target mereka dan kos pengeluaran serta pemprosesan yang semakin tinggi menyebabkan harga emas dunia semakin naik. Afrika Selatan sebagai negara pengeluar emas terbesar di dunia turut mengalami penurunan dalam pengeluaran emas mereka.

5. Permintaan Pelaburan.
Ramai mula menyedari keperluan untuk melabur dan menyimpan emas di dalam ekonomi sekarang menyebabkan permintaan untuk emas semakin tinggi dari hari ke hari.
Semua di atas antara lima faktor utama yang mempengaruhi harga emas di pasaran dunia, untuk anda di Malaysia, apakah bentuk pelaburan yang terbaik? Pelaburan emas adalah simpanan, dengan anda membeli emas, bermaksud anda membeli untuk menyimpan bagi satu tempoh masa dan jual apabila harga emas naik.
Kepada anda yang baru ingin bermula di dalam pelaburan emas, anda mungkin tertanya bila waktu sesuai untuk membeli?

Pertama: Lihat ekonomi dunia, adakah harga dollar semakin naik atau tidak? Jika dollar jatuh harga emas akan naik.

Kedua: apakah anda ada menyertau sebarang acara terbesar sama ada di China, India atau negara lain yang sinonim dengan Emas. Jika ada, ia mungkin waktu terbaik anda beli sebelum event tersebut. Harga emas yang naik ketika Piala Dunia di Afrika Selatan, Olimpik di Beijing dan Sukan Komanwel di India baru-baru ini, adalah bukti event di negara-negara tersebut mempengaruhi harga emas dunia.

Ketiga: Apakah Landskap ekonomi sekarang, harga emas akan naik ketika ekonomi dalam keadaan jatuh, seperti kejatuhan ekonomi dunia, kejatuhan matawang dollar dan sebagainya, seeloknya anda beli ketika ekonomi bergerak perlahan.

Keempat: Berapakah pengeluaran emas semasa, jika pengeluaran emas di lombong semakin rendah, harga emas akan naik.

Kelima: Sudah lamakah anda mendengar pelaburan emas? Pelaburan emas masih agak baru di negara kita, masih ramai yang tidak menyedari pentingnya melabur dengan emas. Jika ini kali pertama sampai ke telinga anda, maka jangan tunggu lagi untuk bermula, lebih awal anda bertindak, lebih banyak keuntungan.

Kadang-kadang ada yang bertanya, apakah jenis emas terbaik untuk mereka beli?  Ketahuilah emas mempunyai banyak jenis, ada 24 karat, 22k, 18k, 14k dan bermacam-macam lagi. Emas terbaik jawapannya tentulah emas 24 karat, atau orang tua di kampung lebih senang memanggilnya emas sepuluh atau emas 999. Emas 916 pula, bukannya tidak elok, tetapi peratus susut nilainya lebih tinggi berbanding emas 999. Emas putih pula sama sekali harus dielakkan untuk dibeli (bagi mereka yang berniat untuk menyimpan emas) kerana susut nilainya yang sangat tinggi malah ada banyak tempat emas putih tidak akan dinilai.

Apakah bentuk emas yang sesuai untuk pelaburan? Ada banyak pendapat mengatakan goldbar, dinar dan sebarang bentuk emas bukan perhiasan lebih sesuai untuk pelaburan. Itu pendapat mereka. Pelbagai pendapat kami kumpulkan untuk penelitian pembaca tetapi ramai yang memilih antara emas 999.9 dan juga emas 916, ini kerana:

Emas 916
1. Sesuai untuk pelaburan dan juga perhiasan dengan kepelbagaian rekabentuk yang menarik.
2. Upah yang berpatutan dikenakan bagi setiap barangan mengikut rekabentuk.
3. Mudah dijual semula.
4. Mudah dipajak di mana-mana pajak gadai atau al Rahnu. Kepelbagaian kualiti dan harga, modal bergantung kepada kemampuan kewangan individu.
5. Memerlukan modal yang sedikit rendah dan berbaloi.
6. Cantik dan mudah dibawa ke mana-mana. Sesuai digayakan sebagai perhiasan.
7. Ketulenan emas berbeza bergantung pada rekabentuk. Sekiranya jenis ‘kosong’ mutu emas biasanya tidak dapat dinilai dengan tepat berbanding emas     perhiasan ‘padat’.
8. Zakat perlu dibayar apabila cukup haul.

Emas 999.9
1. Sesuai untuk pelaburan dan juga perhiasan (emas jongkong untuk pelaburan semata-mata) dengan kepelbagaian rekebantuk yang terhad.
2. Tiada upah dikenakan, hanya berdasarkan berat.
3. Mudah dijual semula.
4. Mudah dipajak gadai di mana-mana bank dan pusat gadaian.Menerima pajakan emas pelaburan (kecuali Gold Bar sahaja).
5. Memerlukan modal yang agak tinggi tetapi berbaloi.
6. Cantik dan dibawa ke mana-mana dan sesuai digayakan sebagai perhiasan kecuali emas jongkong.
7. Ketulenan emas jongkong dapat dinilai dengan tepat.
8. Zakat perlu dibayar apabila cukup haul

EMAS

Jenis emas
  • Perkara yang paling penting ialah jenis emas yang bakal dimiliki.
  • Seeloknya ialah emas fizikal yang boleh di pajak atau jual bila-bila masa di waktu perlu, bukannya akaun emas, saham emas, sijil emas, atau senangnya emas maya tidak elok. Malah ianya tidak jelas hukumnya disisi agama kita islam.
  • Emas yang dimiliki ialah emas pelaburan iaitu, sama ada ianya goldbar, gold coin atau dinar kerana kesemua ini memang dicipta khas untuk pelaburan maka susut nilainya adalah kecil.
  • Manakala emas dalam bentuk barang kemas pula kurang elok kerana susut nilainya adalah besar apabila kita hendak menolaknya di kedai-kedai emas. Ini kerana barang kemas bukan dicipta untuk pelaburan tetapi ianya sebagai perhiasan wanita.

Ketulenan Emas
  • Ketulenan emas dinilai melalui karat atau ‘k’.
  • Emas paling tulen ialah emas 24k, dan seterusnya 22.8k atau 23k, 22k, 20k, 18k
  • Semakin kecil karatnya, semakin kurang tulen emas itu.
  • Ia juga ada disebut dalam bentuk 3 angka sebagai mewakili peratusan emas dalam sebatian
  • Emas 999.9 ialah emas 24k, emas 995 ialah emas 23k, 916 emas 22k, 875 emas 20k dan emas 850 ialah emas 18k.
  • Semakin tulen emas yang disimpan adalah semakin baik.
  • Emas 24k, 23k dan 22k dikira emas yang paling baik untuk disimpan sebagai pelaburan.

Harga jual
  • Sebenarnya, harga emas adalah penting untuk dilihat dalam membeli emas, namun ianya bukanlah perkara yang paling penting kerana harga emas ini akan sentiasa naik.
  • Walaupun begitu, adalah bijak untuk kita mendapatkan harga emas yang murah
  • Untuk itu, kita kena tahu harga semasa pasaran dunia, harga semasa pasaran tempatan yang ditetapkan oleh FGJAM dan harga-harga emas di banyak tempat yang ditawarkan sebagai perbandingan
  • Sebagai contoh, sekiranya harga FGJAM dan kedai-kedai emas di Malaysia menjual emas 24k pada harga RM172/g, mengapa kita harus membeli emas 24k yang dijual pada harga RM192/g

Spread
  • Spread ialah beza harga jual dan beli oleh pihak yang menjual emas kepada pelanggan.
  • Secara mudahnya, peratusan spread boleh dikira dengan mecari beza harga jual dan beli yang kemudian dibahagikan dengan harga jual tadi serta didarab 100.
  • Lagi kecil % spread yang kita dapat adalah lagi untung.
  • Ini kerana, setelah peratus keuntungan ditolak dengan peratus spread jual-beli, maka itulah untung bersih yang kita akan dapat sebelum ditolak zakat sebanyak 2.5% setahun.
  • % spread adalah sangat penting untuk dilihat dalam membeli emas mengatasi aspek harga emas sebenarnya.
  • Mudah Dijual balik
  • Mudah dijual balik maksudnya, sekiranya kita hendak menjualnya selain memajaknya diwaktu terdesak, ianya mestilah mudah dan senang.
  • Menjual emas kepada sesiapa pun memanglah mudah sebenarnya, tetapi untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum, seeloknya menjual emas kita tadi kepada tempat atau orang yang kita belinya.
  • Emas Poh Kong dijual balik ke Poh Kong, Wah Chan ke Wah Chan, Poh Win ke Poh Win dan Public Gold kepada pihak Public Gold kembali samada dealer atau syarikat itu sendiri.

Stok yang banyak
  • Jika kita nak menyimpan emas, biasanya waktu harga murah ramai yang ingin beli emas.
  • Penjual yang hanya menjual sedikit amaun gram emas sahaja diwaktu harga murah adalah tidak elok bagi kita pelabur.
  • Di waktu harga emas mahal dan tinggi, banyak pula stoknya.
  • Jadi ini tidak baik untuk strategi pelaburan kita dalam emas.
  • Oleh itu, memastikan emas yang dibekalkan adalah sentiasa mencukupi dan banyak adalah penting.

Jaminan belian balik
  • Emas tulen seperti emas 24k atau emas yang masih lagi lembut seperti emas 23k dan emas 22k sangat senang terdedah kepada pelbagai risiko fizikal seperti kemek, patah, terguris, calar dan bengkok terutamanya pada emas 24k.
  • Jadi, satu jaminan belian balik oleh pihak penjual emas tadi dari kita adalah sangat penting.
  • Ini kerana, walaupun emas itu boleh rosak atau dirosakkan, namun, nilainya tetap tidak berubah asalkan berat dan kualiti ketulenannya adalah sama.

Tuesday 29 October 2013

Keburukan membeli jongkong emas di kedai emas.


Berdasarkan kajian saya, membeli emas kat kedai emas bukanlah cara terbaik untuk
memaksimakan keuntungan daripada pelaburan emas. Ia mempunyai beberapa kelemahan.

Antara kelemahan membeli emas pelaburan di kedai emas:

1. Harga emas di kedai emas adalah lebih tinggi berbanding harga emas antarabangsa. Ini kerana harga kedai emas biasanya berdasarkan kepada harga Federation of Goldsmiths And Jewellers Association Of Malaysia (FGJAM) Laman webnya ialah http://www.fgjam.org.my/

2. Susutnilai emas yang tinggi antara 13% ke 30%.

3. Jika jongkong emas itu dibalut plastik (contohnya jongkong emas Poh Kong Bunga Raya, Wah Chan, Tomei dan PAMP Suisse Lady Fortuna), maka anda tak boleh buka pembalut plastik tersebut. Jika anda membuka pembalut plastik tersebut maka gold bar tersebut akan dikira emas terpakai (harga akan dipotong sehingga 30%)

4. Kedai emas boleh memanipulasikan harga emas mereka menggunakan alasan workmanship
cost (upah tukang). Contohnya apabila harga emas turun maka mereka akan menaikkan workmanship cost manakala apabila harga emas meningkat maka mereka akan mengurangkan kos workmanship. Kajian kes 1: Kisah PAMP Suisse Lady Fortuna yang dibuka. Untuk pengetahuan anda semua, saya ada membeli emas PAMP Suisse Lady Fortuna dari kedai Emas Poh Win Melaka. Saya beli 2 keping x 1 Oz dan 1 x 50 gram. Memandangkan saya ingin menggadaikan emas-emas ini di Ar-Rahnu maka saya telah membuka plastik kesemua emas PAMP Suisse Lady Fortuna saya.
Ini kerana dengan menggunakan teknik Ar-Rahnu maka saya boleh meminjam wang daripada
Ar-Rahnu dan kemudian invest balik dengan membeli lebih banyak emas. Untuk melihat sejauh mana potongan harga yang dikenakan kedai emas, saya pergi balik kat Kedai Emas Poh Win sekitar Melaka dan bertanya kepada mereka 2 soalan:
1. Adakah mereka akan terima PAMP Suisse Lady Fortuna yang dibuka?
2. Kalau terima, berapa % akan ditolak dari harga semasa?
Kedai Emas Poh Win #1 – Melaka “Kalau saya buka salutan plastik PAMP Suisse ini.. you all akan beli balik tak?”"saya tanya.. “Of course kami akan beli balik, normal rate 13% tapi kena tambah lagi 5%, jawab jurujual Poh
Win” “I see… jadi you all akan tolak 18% la… “Yes, kalau tak buka plastik tolak 13%, kalau buka plastik tolak 18%” jawabnya lagi… Pergh… buka salutan plastik saja kena potong 18%
Kedai Emas Poh Win #2 – Melaka Saya tiba ke kedai Poh Win yang kedua, nak tanya soalan yang sama… “Kalau saya buka salutan plastik PAMP Suisse ini.. you all akan beli balik tak?”"saya tanya..
“Of course kami akan beli balik, tapi kena tolak 25%, jawab jurujual Poh Win” “Alamak! kenapa banyak sangat” saya tanya. Terkejut dibuatnya … “Ooo… kalau buka plastik kita kira emas terpakai" jawab jurujual berkenaan. Pergh… kedai nie lagi teruk… gold bar tu dikira emas terpakai.
Lepas tu kena tolak 25%. Memang rugi banyak.54 Kajian kes 2: Susutnilai Jongkong emas Poh Kong Bunga Raya. Isnin 16/3/2009 – Saya pergi ke Kedai Emas Poh Kong
kat Jusco Seremban, nak beli gelang kat isteri… jadi waktu isteri sibuk memilih gelang, saya tanya sales girl mengenai gold bar Bunga Raya. Gold bar yang saya tengok ialah Bunga Raya yang
beratnya 20gram (harga RM2600) “Gold bar nie kalau jual balik berapa peratus kena
potong?” saya bertanya. “Oh.. ini potong dalam 11% encik..” jawab sales girl tersebut sambil menunjukkan buku nota harga belian dan jualan gold bar. “Kalau saya buka plastik nie macam mana.. u all akan ambil balik tak?” saya tanya lagi.. “Oooo.. kalau buka plastik nie kita kira emas terpakai. “kami akan tolak 25%” jawab sales girl tersebut. Hati kecil saya berkata .. “Buka plastik pembalut boleh menyebabkan susutnilai emas daripada 11% kepada 25%” Memang rugi beli emas kat kedai emas ini. Jadi, bagi mereka yang nak beli jongkong emas dari kedai emas, hati-hatilah…
Kalau tak boleh buka salut plastik emas tu.. maknanya anda tak boleh nak gadaikan emas anda
di Ar-Rahnu. Sebab Ar-Rahnu akan menguji emas anda menggunakan mesin densimeter. Anda
terpaksa membuka salut plastik emas anda.

Kajian kes 3: Manipulasi kos workmanship (upah tukang).
Salah satu kelemahan membeli jongkong emas di kedai emas ialah mereka boleh
memanipulasikan harga emas yang perlu anda bayar dengan cara menambah atau
mengurangkan upah tukang (workmanship cost).
Dengan kata lain, lain anda mungkin tidak sedar bahawa kos upah tukang akan mempengaruhi
harga keseluruhan emas anda.
Ini kerana, apabila anda membeli emas di kedai emas maka ia akan melibatkan 2 kos iaitu
harga emas semasa + kos upah tukang. Jumlah kos = Harga emas semasa + kos workmanship (upah tukang)
Kedai emas akan memberi tahu anda bahawa kos workmanship adalah bergantung kepada reka
bentuk barang kemas tersebut. Namun, kebiasaannya ialah apabila harga emas sedang naik,
kedai emas akan menurunkan kos workmanship. Akan tetapi apabila harga emas menurun maka mereka akan menaikkan kos workmanship walaupun emas yang anda beli adalah emas yang sama.55
Saya ingin berkongsi pengalaman membeli 2 keping jongkong emas PAMP Suisse 1 Oz di kedai
emas yang sama. Sekeping dibeli pada 21 Mei 2008 dan sekeping lagi dibeli pada 21 Jun 2008.
Saya dapati, kos workmanship bagi emas yang sama adalah berbeza. Pada 21 Mei 2008 – kos
workmanship adalah RM122.30 untuk 1 Oz PAMP Suisse manakala pada 21 Jun 2008 kos
workmanship untuk 1 Oz PAMP Suisse adalah RM97.90 (perbezaan RM24.40)
Ini jelas menunjukkan bahawa kedai emas boleh memanipulasikan kos workmanship untuk
menambahkan keuntungan mereka. Ini merugikan pelabur yang membeli jongkong emas di
kedai emas.

Kesimpulan
Daripada 3 kes di atas, saya tidak menggalakkan anda membeli jongkong emas dari kedai emas.
Ini kerana terdapat banyak kelemahan membeli jongkong emas di kedai emas.
Ini akan menyebabkan anda terpaksa menunggu lama sebelum mendapat keuntungan daripada

pelaburan emas anda.

Petikan dari sifu: Syukor Hashim http://jutawanemas.com/

HARGA MINGGU NAIK


 Rujukan harga emas :  http://publicgold.com.my/v1/



Monday 28 October 2013

77% SETUJU HARGA EMAS MELONJAK MINGGU INI

Harga emas pada minggu lalu ditutup dengan prestasi kenaikan yang dicatatkan adalah sekitar 2.8%.
Sejak pertengahan oktober yang lalu, harga emas telah berlaku 2 kali kenaikan mendadak.
  • Kenaikan harga emas sebanyak 3.66% ekoran keputusan kerajaan Amerika untuk menambahkan kadar had pinjaman kewangan nya sehingga awal tahun 2014.
  • Kenaikan harga emas sebanyak 2.69% ekoran pengumuman data Non Farm Payroll (NFP) untuk bulan September memaparkan data yang lebih rendah berbanding yang dijangkakan.
Image
Ok lah, yang diatas tu dah pun berlalu pada minggu lepas.
Jadi sesiapa yang sempat membeli emas pada minggu lepas, tahniah saya ucapkan.
Antara belian emas yang dibuat minggu lepas :
Image
Boleh buat perbandingan harga emas goldbar 250g dan 10 dinar emas sekarang ini, dengan harga belian yang saya buat pada minggu lepas.
Image
Analisis Fundamental 
Ok, untuk minggu ini survey oleh kitco yang dilakukan kepada Bullion Dealer, Trader dan investment bank menunjukkan 77% diantara mereka bersetuju dengan lonjakan harga emas yang lebih tinggi.
kenapa mereka menjangkakan lonjakan ini ya..?
kerana pada hari Rabu 29 Oktober nanti, policy makers akan bersidang dan selepas persidangan itu mereka akan memutuskan samaada Tapering akan dilaksanakan atau tidak.
Jika Tapering dilaksanakan = Harga Emas Turun
Jika Tapering Ditangguhkan – Harga Emas Melonjak Naik
jangkaan lonjakan harga emas minggu ini
Walaubagaimanapun, ekoran peristiwa penutupan operasi kerajaan Amerika baru baru ini menyebabkan sebahagian besar pakar menaruh jangkaan bahawa Tapering akan ditangguhkan.
Kerana penutupan operasi kerajaan Amerika memberi bukti bahawa kedudukan ekonomi masih sangat rapuh dan Tapering tidak wajar untuk dilaksanakan ketika ini.
Jadi kebanyakan nya bersetuju harga emas akan melonjak naik sebaik sahaja pengumuman itu dilakukan pada hari Rabu ini.
So ini Analisis Fundamental untuk pergerakan harga emas minggu hadapan.
Analisis Teknikal
Partial Decline
Beberapa bulan lalu saya ada memaparkan graf emas ini dimana saya memang menjangkakan pergerakan turun seiring dengan terbentuknya Descending Broadening Wedge ini.
Tetapi minggu ini, kelihatan telah berlaku Partial Decline, iaitu harga emas turun hanya sebahagian daripada range harga tertinggi dan terendah yang sebelum nya, kemudian harga melonjak naik.
Partial Decline adalah signal yang menunjukkan bahawa Descending Broadening Wedge ini bakal berakhir, maknanya pattern ni dah tak valid lagi, tetapi untuk memastikan yang ia benar benar berakhir, harga emas perlu melepasi garisan condong di bahagian atas yang bertindak sebagai resistance.
Jangkaan saya untuk 2 hari ini iaitu isnin dan selasa harga emas akan bergerak sideways.
Dan sekiranya pada hari Rabu nanti keputusan mengenai penangguhan Tapering diumumkan, ketika itu mungkin harga emas akan melonjak naik melepasi garisan resistance tersebut dan kemungkinan besar kita akan melihat harga emas membuat Bull Rally menuju ke paras sekitar $1550.
Jadi bila masa nak kena beli emas?
“Sekarang!”
Ye, atau boleh juga kalau berhasrat nak beli pada harga yang lebih mahal pada hari Rabu nanti.
2013/10/28

Saturday 26 October 2013

PUBLIC GOLD DINAR: Info situasi pasaran emas 2013

PUBLIC GOLD DINAR: Info situasi pasaran emas 2013:              info dari sifu Syukor Hashim (www.jutawanemas.com) Tips: Hold on to your gold! (Because buy and hold strategy ...

Tuesday 22 October 2013

Merungkai rahsia Emas dan Ar Rahnu melalui pembelian kenderaan

Kisah simpanan Emas , ingin mencuba keupayaan simpnan emas dalam “pairing Emas” dengan pembelian keperluan harian yang susut nilai seperti kereta.
Secara tidak langsung dapat merungkai rahsia Emas dan Ar Rahnu.
Walaupun pembelian kereta ibarat liability dalam perbelanjaan tetapi kenderaan adalah satu keperluan masa kini tetapi rahsia Emas dapat pelihara nilai wang dan kenderaan yang akan susut nilai vs masa.
Memandangkan di tahun 2005, keperluan anak yang bertambah dan untuk mulakan aktiviti kebun, jadi dipilih untuk pemblian Pajero tanpa ‘down payment” yang berharga RM50,000 dengan pembiayaan selama 9 tahun dan bayaran bulanan sebanyak RM625/bulan.
Dengan itu RM5,500 dimanfaatkan untuk membeli 100g emas sebagai sandaran awal pembelian pajero ini, pada tahun tersebut 2005, harga sekitar RM55/g.
Kemudian pajakkan di Ar rahnu dengan pinjaman RM4,125 dengan upah simpan RM412.50 untuk 6 bulan. Duit pinjaman ini terus di bayar untuk pembiayaan kenderan bagi 6 bulan (mencatikkan profil kewangan bagi pembayaran peinjaman). Manakala komitmen bayaran bulanan RM625 digunakan untuk membayar semula pinjaman di Ar rahnu.
Selepas 6 bulan, proses yang sama diulang dengan ‘overlap’/tukar surat pajak Pada tahun pertama perlu penambahan duit poket sekitar RM75 tetapi asbab kenaikan harga emas untuk jangka panjang, ada lebihan di tahun-tahun berikutnya.
Selepas 5 tahun, keupayaan kenaikan harga emas dan hasil sandaran Ar rahnu telah berjaya membayar keseluruhan “full settlement” pembiayaan Pajero sebanyak RM60,000. Jadi, kini kenderaan menjadi milik sepenuhnya.
Kemudian, komitmen bulanan untuk tebus semula Emas 100g di ar Rahnu, jadi akhirnya ada Pajero dan emas 100g untuk memulakan projek hartanah pula.
Manakala, jika diteruskan sehingga tempoh pembiayaan 9 thn, walaupun kereta susut nilai tetapi ada lebihan RM67,500 di atas sandaran EMAS. Inilah rahsia Emas & Ar Rahnu gitu.
Hujung bulan ni pula saya nak mencuba lagi dengan sandaran Emas 30g bagi pembelian MPV NGV pula, ada yang nak CUBA?
Fikir-fikirkan
Wang Anda Pilihan Anda.

OLEH : tsmamukmin@gmail.com
Apa yang ingin saya ketengahkan mengenai satu cabaran bagi penyimpan Emas fizikal di atas kejatuhan harga berterusan yang berlangsung hampir 2 tahun tetapi hakikatnya keupayaan emas terus teguh sebagai rujukan Ekonomi dunia.

Jadi sangat bertuah dan beruntung bagi yang mengambil atau mulakan atau teruskanTindakan dengan menjadikan Simpanan Emas Fizikal sebagai alternatif simpanan aset masa depan bagi diri dan keluarga.

Carta di bawah memaparkan kisah menarik bagi negara yang manfaatkan simpanan Emas dalam pengurusan ekonomi negaranya.

Apa yang kita dapati di sini, gabungan kuat pasaran Asia dan komoditi, adalah carta yang menunjukkan satu fakta yang benar-benar mengejutkan mengenai emas.

Latar belakang kelabu adalah jumlah pengeluaran perlombongan dunia. Bar menegak biru mewakili penghantaran emas COMEX . Bar merah, itulah penghantaran emas fizikal ke Shanghai sebagai emas pertukaran.

Permintaan China terhadap Emas fizikal dari data ini didapati hampir sama dengan jumlah pengeluaran emas di seluruh dunia.

Ini bukan salah cetak

Malah, ini data awal setiap tahun yang menunjukkan penghantaran emas ke Cina melalui akaun pertukaran Shanghai, dilihat secara keseluruhan menepati hampir 50 % daripada jumlah pengeluaran global sepanjang 2009-2013 gitu.
Jika negara besar mengambil langkah meningkatkan simpanan emas fizikal, kita pula bagaimana?

Fikir-fikirkan

Wang Anda Pilihan Anda.






























OLEH:
email: tsmamukmin@gmail.com,
www.jutawanemasmukmin.com


Sunday 20 October 2013

Kisah simpanan Emas

Kisah simpanan Emas , ingin mencuba keupayaan simpnan emas dalam “pairing Emas” dengan pembelian keperluan harian yang susut nilai seperti kereta.

Secara tidak langsung dapat merungkai rahsia Emas dan Ar Rahnu.

Walaupun pembelian kereta ibarat liability dalam perbelanjaan tetapi kenderaan adalah satu keperluan masa kini tetapi rahsia Emas dapat pelihara nilai wang dan kenderaan yang akan susut nilai vs masa. 

Memandangkan di tahun 2005, keperluan anak yang bertambah dan untuk mulakan aktiviti kebun, jadi dipilih untuk pemblian Pajero tanpa ‘down payment” yang berharga RM50,000 dengan pembiayaan selama 9 tahun dan bayaran bulanan sebanyak RM625/bulan.

Dengan itu RM5,500 dimanfaatkan untuk membeli 100g emas sebagai sandaran awal pembelian pajero ini, pada tahun tersebut 2005, harga sekitar RM55/g.

Kemudian pajakkan di Ar rahnu dengan pinjaman RM4,125 dengan upah simpan RM412.50 untuk 6 bulan. Duit pinjaman ini terus di bayar untuk pembiayaan kenderan bagi 6 bulan (mencatikkan profil kewangan bagi pembayaran peinjaman). Manakala komitmen bayaran bulanan RM625 digunakan untuk membayar semula pinjaman di Ar rahnu.

Selepas 6 bulan, proses yang sama diulang dengan ‘overlap’/tukar surat pajak Pada tahun pertama perlu penambahan duit poket sekitar RM75 tetapi asbab kenaikan harga emas untuk jangka panjang, ada lebihan di tahun-tahun berikutnya.

Selepas 5 tahun, keupayaan kenaikan harga emas dan hasil sandaran Ar rahnu telah berjaya membayar keseluruhan “full settlement” pembiayaan Pajero sebanyak RM60,000. Jadi, kini kenderaan menjadi milik sepenuhnya.

Kemudian, komitmen bulanan untuk tebus semula Emas 100g di ar Rahnu, jadi akhirnya ada Pajero dan emas 100g untuk memulakan projek hartanah pula.

Manakala, jika diteruskan sehingga tempoh pembiayaan 9 thn, walaupun kereta susut nilai tetapi ada lebihan RM67,500 di atas sandaran EMAS. Inilah rahsia Emas & Ar Rahnu gitu.

Hujung bulan ni pula saya nak mencuba lagi dengan sandaran Emas 30g bagi pembelian MPV NGV pula, ada yang nak CUBA?

Fikir-fikirkan

Wang Anda Pilihan Anda


www.jutawanemasmukmin.com

HARGA TERKINI 21.10.13 JAM 1.35 PTG


SEJARAH SYILING EMAS PERTAMA DUNIA


MENGAPA ANDA PERLU MENYIMPAN EMAS?












 PRESTASI HARGA EMAS MINGGU INI Non Farm Payroll (NFP) atau dikenali juga sebagai Employment data adalah data ekonomi penting yang menjadi parameter pertumbuhan ekonomi di Amerika dan memberikan pengaruh penting kepada perubahan harga emas dan harga silver. Data ini dijadualkan pengumumannya pada setiap hari jumaat, minggu pertama setiap bulan. Disebabkan oleh penutupan agensi kerajaan Amerika pada minggu pertama bulan Oktober yang lalu, maka pengumuman data ini telah ditangguhkan kepada 22 Oktober, hari selasa (esok malam). Kalau diperhatikan pergerakan harga emas dan silver sejak hari jumaat yang lalu dan hari ini, ia bergerak sideways atau mendatar selepas membuat lonjakan pada hari sebelumnya ekoran pembukaan semula operasi agensi kerajaan Amerika dan penangguhan keputusan had limit pinjaman kredit Amerika kepada bulan Februari 2014. Para pelabur menunggu pengumuman data NFP yang akan diumumkan esok sebelum memutuskan posisi pelaburan mereka yang seterusnya. >> 
Oleh: MOHD FAIZAN DASUKI www.mentoremas.com 

PAPARAN HARGA KINI 3.36ptg 20.10.13


10 DINAR



10 DINAR



10 Dinar

5 DINAR

5 DINAR



5 Dinar

2 DINAR

2 DINAR



2 Dinar

1 DINAR


1 DINAR


1 Dinar

Pendant

i-Series

3

i-Series

2

i-Series

i series 22 K




i-Series






pg 20.10.13





18.10.13

Friday 11 October 2013

Tuesday 8 October 2013

investing

http://www.investing.com/commodities/gold-streaming-chart

Panduan Mengira Harga Emas – Kenapa Beli Dari Kedai Emas?

Panduan Mengira Harga Emas – Kenapa Beli Dari Kedai Emas?

Harga emas

Harga Emas di pasaran antarabangsa didagangkan dalam matawang US Dollar, dengan berat asas 

dagangannya “Troy per oz”.

Troy per oz adalah unit untuk semua jenis logam berharga (precious metal), dimana untuk setiap 1 Troy per 


oz bersamaan 31.1gram.

1 Troy per oz = 31.1gram

Sebagai contoh, jika harga emas di pasaran antarabangsa $1623 per oz, bermakna harga emas ketika ini 


adala 1,623 Us Dollar untuk setiap 1 Troy auns.

Untuk mendapatkan harga dalam RM bagi setiap gram, pengiraannya seperti berikut:

1. Dapatkan harganya untuk setiap gram dahulu, caranya adalah;

Harga Sekarang ÷ Berat 1 troy oz dalam gram = Harga 1 gram emas dalam USD.

$1,601.05 ÷ 31.1 = $51.48

2. Kira kadar pertukaran harga 1 gram emas dalam matawang Dollar tadi kepada RM, caranya;

$51.48 x RM3.1310 = RM161.18 (Harga 1 gram emas di pasaran antarabangsa).

Untuk makluman, harga yang diatas adalah harga asas dagangan atau dikenali sebagai “Harga Spot”, dan 


ianya tidak merangkumi kos-kos sampingan yang terlibat bagi menghasilkan emas dalam bentuk fizikal.

Contohnya, katakan syarikat ABC adalah penjual emas, dan mereka membeli bekalan mentah emas 


daripada pengeluar pada harga spot antarabangsa iaitu RM161.80 segram.

Kemudian, mereka memprosesnya menjadi Emas berbentuk Gold Bar dengan kos yang terlibat untuk semua 


proses dari awal sehingga siap untuk setiap gram adalah sekitar RM13.00 bersamaan pertambahan kos 

sebanyak 8% dari harga kos asal bahan mentah. Kos tambahan ini juga dikenali sebaga “Kos Premium”.

Bermakna, mereka akan menjual emas itu kepada pelanggan pada harga:

Harga Spot + 8% ( kos premium)

RM161.80 + RM13.00 = RM174.80 segram

*Biasanya di kedai emas, mereka mengenakan tambahan sehingga 25% sebagai kos premium mereka, 


membuatkan harga jualannya lebih tinggi.

Tetapi bila mereka membeli semula dari pelanggan, mereka hanya akan mengambilkira harga asal barang 


mentah sahaja iaitu harga Spot Price, menyebabkan untuk semua beliam balik emas yang dijualnya akan 

dikenakan potongan harga atau susut nilai sehingga 25% juga.

ASAL CETAK OLEH:

MOHD FAIZAN DASUKI ®

www.mentoremas.com ©