Jenis emas
- Perkara
yang paling penting ialah jenis emas yang bakal dimiliki.
- Seeloknya
ialah emas fizikal yang boleh di pajak atau jual bila-bila masa di waktu
perlu, bukannya akaun emas, saham emas, sijil emas, atau senangnya emas
maya tidak elok. Malah ianya tidak jelas hukumnya disisi agama kita islam.
- Emas yang
dimiliki ialah emas pelaburan iaitu, sama ada ianya goldbar, gold coin
atau dinar kerana kesemua ini memang dicipta khas untuk pelaburan maka
susut nilainya adalah kecil.
- Manakala
emas dalam bentuk barang kemas pula kurang elok kerana susut nilainya
adalah besar apabila kita hendak menolaknya di kedai-kedai emas. Ini
kerana barang kemas bukan dicipta untuk pelaburan tetapi ianya sebagai
perhiasan wanita.
Ketulenan Emas
- Ketulenan
emas dinilai melalui karat atau ‘k’.
- Emas
paling tulen ialah emas 24k, dan seterusnya 22.8k atau 23k, 22k, 20k, 18k
- Semakin
kecil karatnya, semakin kurang tulen emas itu.
- Ia juga
ada disebut dalam bentuk 3 angka sebagai mewakili peratusan emas dalam
sebatian
- Emas 999.9
ialah emas 24k, emas 995 ialah emas 23k, 916 emas 22k, 875 emas 20k dan
emas 850 ialah emas 18k.
- Semakin
tulen emas yang disimpan adalah semakin baik.
- Emas 24k,
23k dan 22k dikira emas yang paling baik untuk disimpan sebagai pelaburan.
Harga jual
- Sebenarnya,
harga emas adalah penting untuk dilihat dalam membeli emas, namun ianya
bukanlah perkara yang paling penting kerana harga emas ini akan sentiasa
naik.
- Walaupun
begitu, adalah bijak untuk kita mendapatkan harga emas yang murah
- Untuk itu,
kita kena tahu harga semasa pasaran dunia, harga semasa pasaran tempatan
yang ditetapkan oleh FGJAM dan harga-harga emas di banyak tempat yang
ditawarkan sebagai perbandingan
- Sebagai
contoh, sekiranya harga FGJAM dan kedai-kedai emas di Malaysia menjual
emas 24k pada harga RM172/g, mengapa kita harus membeli emas 24k yang
dijual pada harga RM192/g
Spread
- Spread
ialah beza harga jual dan beli oleh pihak yang menjual emas kepada
pelanggan.
- Secara
mudahnya, peratusan spread boleh dikira dengan mecari beza harga jual dan
beli yang kemudian dibahagikan dengan harga jual tadi serta didarab 100.
- Lagi kecil
% spread yang kita dapat adalah lagi untung.
- Ini
kerana, setelah peratus keuntungan ditolak dengan peratus spread
jual-beli, maka itulah untung bersih yang kita akan dapat sebelum ditolak
zakat sebanyak 2.5% setahun.
- % spread
adalah sangat penting untuk dilihat dalam membeli emas mengatasi aspek
harga emas sebenarnya.
- Mudah
Dijual balik
- Mudah
dijual balik maksudnya, sekiranya kita hendak menjualnya selain memajaknya
diwaktu terdesak, ianya mestilah mudah dan senang.
- Menjual
emas kepada sesiapa pun memanglah mudah sebenarnya, tetapi untuk
mendapatkan keuntungan yang maksimum, seeloknya menjual emas kita tadi
kepada tempat atau orang yang kita belinya.
- Emas Poh
Kong dijual balik ke Poh Kong, Wah Chan ke Wah Chan, Poh Win ke Poh Win
dan Public Gold kepada pihak Public Gold kembali samada dealer atau
syarikat itu sendiri.
Stok yang banyak
- Jika kita
nak menyimpan emas, biasanya waktu harga murah ramai yang ingin beli emas.
- Penjual
yang hanya menjual sedikit amaun gram emas sahaja diwaktu harga murah
adalah tidak elok bagi kita pelabur.
- Di waktu
harga emas mahal dan tinggi, banyak pula stoknya.
- Jadi ini
tidak baik untuk strategi pelaburan kita dalam emas.
- Oleh itu,
memastikan emas yang dibekalkan adalah sentiasa mencukupi dan banyak
adalah penting.
Jaminan belian balik
- Emas tulen
seperti emas 24k atau emas yang masih lagi lembut seperti emas 23k dan
emas 22k sangat senang terdedah kepada pelbagai risiko fizikal seperti
kemek, patah, terguris, calar dan bengkok terutamanya pada emas 24k.
- Jadi, satu
jaminan belian balik oleh pihak penjual emas tadi dari kita adalah sangat
penting.
- Ini
kerana, walaupun emas itu boleh rosak atau dirosakkan, namun, nilainya
tetap tidak berubah asalkan berat dan kualiti ketulenannya adalah sama.
Petikan dari : http://www.hargaemas.com.my/
No comments:
Post a Comment