PUBLIC GOLD

Daily Gold & Silver Chart

PG

Monday 7 October 2013

PROFILE PILIHAN PELABURAN

Kita mulakan dengan profile pelabur (diri anda). Sebelum melabur dan menyimpan emas, kenal pasti style pelaburan emas anda. Terdapat 3 jenis pelabur emas. Ketiga-tiga mempunyai pemikiran, kaedah dan cara yang berbeza.

Pertama: Penyimpan @ Saver.
Pelabur yang berminat menyimpan emas sebagai harta kekal, kekayaan untuk keluarga @ untuk diwariskan. Motto hidup "simpanlah emas untuk masa depan" bagi penyimpan mereka tak mungkin menjual semua emas yang ada di dalam simpanan. Mereka kerja macam biasa, bila ada duit, ada bonus maka baru beli emas.

Kedua: Pelabur @ investor.
Mereka melihat emas boleh dijual beli dan boleh mendapat keuntungan. Mereka selalu membandingkan pulangan diantara emas dan pelaburan lain contohnya ASB, unit trust, stock dan property. Bila harga jatuh mereka boleh membeli emas dengan banyak dan bila harga naik mereka boleh menjual SEMUA emas dalam simpanan semata-mata untuk meraih keuntungan di dalam RM. Bila harga emas jatuh balik maka mereka membeli balik. It is just about profit. Kalau pelaburan lain lebih untung maka mereka akan ke situ. No heart feeling ya gold :)

Ketiga: Peniaga emas.
Mereka melihat emas boleh dijual beli dan mendatangkan keuntungan. Apabila harga turun mereka mendapat keuntungan dengan peningkatan jualan, bila harga naik mereka untung melalui belian semula daripada pelanggan. Pegangan mereka adalah "sebagai penjual, aku tetap buat untung.
Tips: Tanya diri sendiri, first. apakah sebenarnya profile peribadi anda? saver? investor? business? second: Apakah target anda pada masa depan. Contohnya daripada saver, anda target nak belajar jadi investor atau nak jadi businessman.
Selepas anda menjawab soalan-soalan tersebut, barulah anda kenalpasti tools yang sesuai untuk membantu memaksimakan keuntungan kepada anda. Ibarat orang yang minat nak jadi tukang masak. Kita tak boleh bagi senapang kat dia dan suruh dia memburu. Kita kasik senapang kat orang yang nak jadi pemburu. Kita kasik alatan memasak kepada orang yang minat nak jadi tukang masak.
Saya selalu berjumpa dengan orang yang mismatch diantara personaliti pelabur dan target. Ada orang nak untung cepat dengan emas ibarat businessman tetapi personalitinya adalah saver. Jadi macammana awak nak untung lebih? saver beli, simpan dan nganga. peniaga beli, promote jual kat orang, beli balik daripada orang.
Jadi, macammana nak maksimakan keuntungan dengan pelaburan emas? first, kenalpasti profile pelaburan anda.
Pastinya saya sudah tentu BOLEH MEMBANTU ANDA dalam memulakan langkah dalam bidang EMAS ini.
Oleh:
Saudara Mohd Faeez Bin Mazlan


No comments:

Post a Comment