PUBLIC GOLD

Daily Gold & Silver Chart

PG

Sunday 20 October 2013

Kisah simpanan Emas

Kisah simpanan Emas , ingin mencuba keupayaan simpnan emas dalam “pairing Emas” dengan pembelian keperluan harian yang susut nilai seperti kereta.

Secara tidak langsung dapat merungkai rahsia Emas dan Ar Rahnu.

Walaupun pembelian kereta ibarat liability dalam perbelanjaan tetapi kenderaan adalah satu keperluan masa kini tetapi rahsia Emas dapat pelihara nilai wang dan kenderaan yang akan susut nilai vs masa. 

Memandangkan di tahun 2005, keperluan anak yang bertambah dan untuk mulakan aktiviti kebun, jadi dipilih untuk pemblian Pajero tanpa ‘down payment” yang berharga RM50,000 dengan pembiayaan selama 9 tahun dan bayaran bulanan sebanyak RM625/bulan.

Dengan itu RM5,500 dimanfaatkan untuk membeli 100g emas sebagai sandaran awal pembelian pajero ini, pada tahun tersebut 2005, harga sekitar RM55/g.

Kemudian pajakkan di Ar rahnu dengan pinjaman RM4,125 dengan upah simpan RM412.50 untuk 6 bulan. Duit pinjaman ini terus di bayar untuk pembiayaan kenderan bagi 6 bulan (mencatikkan profil kewangan bagi pembayaran peinjaman). Manakala komitmen bayaran bulanan RM625 digunakan untuk membayar semula pinjaman di Ar rahnu.

Selepas 6 bulan, proses yang sama diulang dengan ‘overlap’/tukar surat pajak Pada tahun pertama perlu penambahan duit poket sekitar RM75 tetapi asbab kenaikan harga emas untuk jangka panjang, ada lebihan di tahun-tahun berikutnya.

Selepas 5 tahun, keupayaan kenaikan harga emas dan hasil sandaran Ar rahnu telah berjaya membayar keseluruhan “full settlement” pembiayaan Pajero sebanyak RM60,000. Jadi, kini kenderaan menjadi milik sepenuhnya.

Kemudian, komitmen bulanan untuk tebus semula Emas 100g di ar Rahnu, jadi akhirnya ada Pajero dan emas 100g untuk memulakan projek hartanah pula.

Manakala, jika diteruskan sehingga tempoh pembiayaan 9 thn, walaupun kereta susut nilai tetapi ada lebihan RM67,500 di atas sandaran EMAS. Inilah rahsia Emas & Ar Rahnu gitu.

Hujung bulan ni pula saya nak mencuba lagi dengan sandaran Emas 30g bagi pembelian MPV NGV pula, ada yang nak CUBA?

Fikir-fikirkan

Wang Anda Pilihan Anda


www.jutawanemasmukmin.com

No comments:

Post a Comment