PUBLIC GOLD

Daily Gold & Silver Chart

PG

Sunday 20 October 2013











 PRESTASI HARGA EMAS MINGGU INI Non Farm Payroll (NFP) atau dikenali juga sebagai Employment data adalah data ekonomi penting yang menjadi parameter pertumbuhan ekonomi di Amerika dan memberikan pengaruh penting kepada perubahan harga emas dan harga silver. Data ini dijadualkan pengumumannya pada setiap hari jumaat, minggu pertama setiap bulan. Disebabkan oleh penutupan agensi kerajaan Amerika pada minggu pertama bulan Oktober yang lalu, maka pengumuman data ini telah ditangguhkan kepada 22 Oktober, hari selasa (esok malam). Kalau diperhatikan pergerakan harga emas dan silver sejak hari jumaat yang lalu dan hari ini, ia bergerak sideways atau mendatar selepas membuat lonjakan pada hari sebelumnya ekoran pembukaan semula operasi agensi kerajaan Amerika dan penangguhan keputusan had limit pinjaman kredit Amerika kepada bulan Februari 2014. Para pelabur menunggu pengumuman data NFP yang akan diumumkan esok sebelum memutuskan posisi pelaburan mereka yang seterusnya. >> 
Oleh: MOHD FAIZAN DASUKI www.mentoremas.com 

No comments:

Post a Comment