PUBLIC GOLD

Daily Gold & Silver Chart

PG

Monday 28 October 2013

77% SETUJU HARGA EMAS MELONJAK MINGGU INI

Harga emas pada minggu lalu ditutup dengan prestasi kenaikan yang dicatatkan adalah sekitar 2.8%.
Sejak pertengahan oktober yang lalu, harga emas telah berlaku 2 kali kenaikan mendadak.
  • Kenaikan harga emas sebanyak 3.66% ekoran keputusan kerajaan Amerika untuk menambahkan kadar had pinjaman kewangan nya sehingga awal tahun 2014.
  • Kenaikan harga emas sebanyak 2.69% ekoran pengumuman data Non Farm Payroll (NFP) untuk bulan September memaparkan data yang lebih rendah berbanding yang dijangkakan.
Image
Ok lah, yang diatas tu dah pun berlalu pada minggu lepas.
Jadi sesiapa yang sempat membeli emas pada minggu lepas, tahniah saya ucapkan.
Antara belian emas yang dibuat minggu lepas :
Image
Boleh buat perbandingan harga emas goldbar 250g dan 10 dinar emas sekarang ini, dengan harga belian yang saya buat pada minggu lepas.
Image
Analisis Fundamental 
Ok, untuk minggu ini survey oleh kitco yang dilakukan kepada Bullion Dealer, Trader dan investment bank menunjukkan 77% diantara mereka bersetuju dengan lonjakan harga emas yang lebih tinggi.
kenapa mereka menjangkakan lonjakan ini ya..?
kerana pada hari Rabu 29 Oktober nanti, policy makers akan bersidang dan selepas persidangan itu mereka akan memutuskan samaada Tapering akan dilaksanakan atau tidak.
Jika Tapering dilaksanakan = Harga Emas Turun
Jika Tapering Ditangguhkan – Harga Emas Melonjak Naik
jangkaan lonjakan harga emas minggu ini
Walaubagaimanapun, ekoran peristiwa penutupan operasi kerajaan Amerika baru baru ini menyebabkan sebahagian besar pakar menaruh jangkaan bahawa Tapering akan ditangguhkan.
Kerana penutupan operasi kerajaan Amerika memberi bukti bahawa kedudukan ekonomi masih sangat rapuh dan Tapering tidak wajar untuk dilaksanakan ketika ini.
Jadi kebanyakan nya bersetuju harga emas akan melonjak naik sebaik sahaja pengumuman itu dilakukan pada hari Rabu ini.
So ini Analisis Fundamental untuk pergerakan harga emas minggu hadapan.
Analisis Teknikal
Partial Decline
Beberapa bulan lalu saya ada memaparkan graf emas ini dimana saya memang menjangkakan pergerakan turun seiring dengan terbentuknya Descending Broadening Wedge ini.
Tetapi minggu ini, kelihatan telah berlaku Partial Decline, iaitu harga emas turun hanya sebahagian daripada range harga tertinggi dan terendah yang sebelum nya, kemudian harga melonjak naik.
Partial Decline adalah signal yang menunjukkan bahawa Descending Broadening Wedge ini bakal berakhir, maknanya pattern ni dah tak valid lagi, tetapi untuk memastikan yang ia benar benar berakhir, harga emas perlu melepasi garisan condong di bahagian atas yang bertindak sebagai resistance.
Jangkaan saya untuk 2 hari ini iaitu isnin dan selasa harga emas akan bergerak sideways.
Dan sekiranya pada hari Rabu nanti keputusan mengenai penangguhan Tapering diumumkan, ketika itu mungkin harga emas akan melonjak naik melepasi garisan resistance tersebut dan kemungkinan besar kita akan melihat harga emas membuat Bull Rally menuju ke paras sekitar $1550.
Jadi bila masa nak kena beli emas?
“Sekarang!”
Ye, atau boleh juga kalau berhasrat nak beli pada harga yang lebih mahal pada hari Rabu nanti.
2013/10/28

No comments:

Post a Comment