PUBLIC GOLD

Daily Gold & Silver Chart

PG

Sunday 3 November 2013

Kenali 4 Profile Diri Dalam Perniagaan Emas

Pejam celik kita sudah pun meninggalkan bulan October 2013, kini kita memasuki November 2013. Maaf kerana update tak muncul pada penghujung October disebabkan ada masalah dengan modem di rumah admin rosak disambar petir. Untuk kali ini admin ingin mengupas lebih lanjut tentang Profile dalam perlaburan/perniagaan emas.
Ramai yang terjun ke dalam bidang perlaburan emas terkandas dan kecewa disebabkan gagal meraih sebarang keuntungan disebabkan kabur dengan profile diri. Ada juga yang berprofile sebagai penyimpan emas tetapi beraksi bak perlabur emas yang mahir. Inilah yang sebenarnya yang meranapkan impian anda untuk menjadi seorang yang berjaya dengan emas.
Seperti perlaburan yang lainya, bidang perlaburan/perniagaan emas juga mempunyai seni yang tersendiri. Cerminkan diri dan kenali potensi anda sebelum membuat keputusan untuk terlibat dengan emas. Jangan ikut kawan, jangan tergesa-gesa dan yang paling penting anda kenalah ada ilmu. Jika anda memancing di laut sediakan Joran yang sesuai. Joran untuk laut dan joran untuk sungai mempunyai perbezaan dan fungsinya tersendiri mengikut keadaan.
Di dalam perlaburan emas ada 4 profile yang perlu anda tahu. Setiap profile mempunyai perbezaan, cara pendekatan dan tindakan yang berlainan. Persoalannya apakah profile yang sesuai untuk anda. Jika anda tanya apakah profile admin jawapannya adalah profile no 1 dan admin dalam proses untuk menjadi perlabur emas pula.
4 Profile Dalam Perlaburan Emas
  1. Penyimpan Emas

    Di antara 4 profile yang dinyatakan, penyimpan emas merupakan profile yang paling senang dan santai. Tak perlu melihat pergerakkan emas, tak perlu ambil pusing akan harga turun dan naik emas. Tak perlu buat promosi untuk mencari pelanggan, tak perlu buat bisnes card.
    Bagi yang berprofile penyimpan emas mereka hanya beli emas untuk disimpan. Biasanya penyimpan emas ini akan membeli emas sebagai simpanan untuk pendidikan anak-anak, simpanan untuk menunaikan haji, simpanan untuk beli rumah, simpanan untuk warisan dan sebagainya. Penyimpan emas biasanya membeli emas dengan duit lebihan yang ada setiap bulan.
    Mereka yang berprofile sebagai penyimpan emas ini yakin akan simpanan emas memberikan pulangan yang tinggi dalam jangka masa panjang berbanding unit trust, ASB, TABUNG HAJI dan KWSP.
    ————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————
  2. Perlabur Emas
    Bagi profile pelabur emas pula mereka sentiasa peka akan perkembangan turun dan naik emas. Biasanya kaedah yang mereka gunakan adalah “beli emas masa harga rendah dan jual emas bila harga tinggi”. Mereka yang berprofile perlabur ini mempunyai pandangan jauh dan mempunyai kemahiran analisa yang tinggi, peka akan perkembangan ekonomi dan hal ehwal semasa dunia.
    Bagi pelabur emas biasanya mereka membeli emas dalam kuantiti yang banyak bila masa harga emas menjunam turun.  Biasanya mereka akan memborong emas waktu emas turun dan melakukan aktiviti jual semula bila harga emas naik dan agak-agak boleh memberikan pulangan kepada mereka.
    Dalam profile perlaburan spread emas memainkan peranan yang penting. Oleh itu pemilihan syarikat dan produk amatlah penting. Dalam pemilihan produk, kemudahan dan spread saya cadangkan Public Gold kepada anda. Kerana Public Gold mempunyai spread harga yang rendah, bermaksud lagi cepat anda untung tambahan Public Gold juga mempunyai 18 cawangan di seluruh Malaysia dan terdapat di setiap negeri serta memudahkan anda membuat belian dan jualan balik.
    ————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————
  3. Perniaga Emas
    Antara 4 profile diatas, profile perniaga emas merupakan yang paling menguntungkan. Mereka yang berprofile perniaga emas ini melihat emas dari sudut yang boleh mendatangkan untung yang lumayan hasil daripada jual beli emas.  Antara keuntungan berniaga emas adalah :~
    ————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————
    A# ~ Berniaga emas tidak akan merugikan, tengok sahaja kedai yang telah beroperasi puluhan tahun tetapi masih lagi wujud dan kukuh kerana emas sentiasa mempunyai permintaan yang tinggi.
    B# ~ Bila harga emas di pasaran dunia turun peniaga emas boleh menambahkan bekalan dan menjual kembali pada harga semasa yang sudah semestinya lebih tinggi dari harga beli.
    C# ~ Permintaan emas adalah tetap baik harga emas turun atau naik. Emas naik secara tidak langsung menambah kekayaan kepada peniaga emas. Harga emas akan mendadak naik bila emas berkurangan dan ini akan memberi kelebihan kepada peniaga emas.
    D# ~ Emas merupakan aset yang paling senang dicairkan. Perniaga akan mendapat untung dengan belian semula emas daripada pembeli apabila mereka menjual balik emas tersebut. Kebiasaan pembeli akan menjual simpanan emas mereka bila mereka memerlukan tunai untuk urusan kecemasan atau perlaburan lain
    E# ~ Jika anda Dealer kepada syarikat Public Gold anda mesti tersenyum bila harga emas turun. bila harga emas turun anda mengandakan keuntungan dengan mendapat tempahan dari orang awam dan mendapat imbuhan daripada setiap jualan yang dilakukan. Pada masa ini juga Dealer Public Gold akan menambahkan stok simpanan emas masing-masing untuk persediaan
    F# ~ Lagi jika anda menjadi dealer Public Gold anda akan mengandakan keuntungan dengan kaedah “buy back” inilah merupakan kaedah yang paling digemari mana-mana dealer emas Public Gold. Sebab itulah saya sarankan anda supaya menjadi dealer kepada Public Gold jika anda serius dengan perlaburan emas. Saya akan kupas lanjut mengenai kaedah “buy back” pada artikel seterusnya nanti.
    ————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————
  4. Emas sebagai perhiasan
    Kaum hawa terutamanya memang tidak boleh dipisahkan daripada emas. Memakai barang kemas terutamanya emas akan menambah seri kepada si pemakai. Barang kemas yang diperbuat daripada emas juga biasanya disimpan untuk diwarisi turun temurun.
    Biasanya barang kemas yang diperbuat daripada emas tidak sesuai untuk perlaburan kerana kos upah dan susut nilai yang tinggi. Mereka yang mempunyai profile sebegini adalah kaum hawa. Pada mereka membeli emas perhiasan adalah satu kepuasan kerana sifat emas itu sendiri mempunyai tarikan yang luar biasa kepada mereka.
Kesimpulan
Apakah profile diri anda dalam perlaburan emas. Antara kempat-empat profile di atas yang mana satukah anda. Pastikan anda kenal mana satu profile anda dan bertindak mengikut kemampuan dan bukannya dengan nafsu..buat mereka yang tidak mempunyai apa-apa pengalaman saya sarankan ada memilih untuk menjadi penyimpan dahulu. Pada masa yang sama berlajar cara untuk menjadi seorang pelabur dan perniaga emas.
Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi saya:-
Tulisan : "Bent@Bandang Danie"

No comments:

Post a Comment